skpsi-haryanti.zoom-a.com

Laman Peribadi
haryanti abd.kadir
E-mel : skpsi-haryanti@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PROFIL | JADUAL WAKTU | GALERIKU 2 | GALERI FOTO | FALSAFAH DIRI | KATA HIKMAT | INFO KAUNSELING | PAUTAN | BUKU PELAWAT | PERSONEL | KOLEKSI KERTAS KERJA |

KERTAS KERJA DASAR


PROGRAM MOTIVASI PENGAWAS

 

KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH

DAN

KETRAMPILAN PENGAWAS 2010

 

ANJURAN:

UNIT BIMBINGAN DAN  KAUNSELING

&

JAWATANKUASA LEMBAGA PENGAWAS DAN DISPLIN

SK (P) SULTAN IBRAHIM

 

 

PENCERAMAH:

TN HJ  ABD WAHID BIN BACHOK

 

TARIKH:

9 JANUARI 2010

 

TEMPAT:

MAKMAL KOMPUTER JUPITER & VENUS

 

 

 

Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol

 

 

 

 

KERTAS KERJA DASAR

KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN PENGAWAS

 

 

1.0  PENGENALAN

 

Lembaga Pengawas dan Disiplin merupakan satu badan yang membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid. Badan ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilh sebagai ahli pengawas. Sebagai pemimpin murid, adalah wajar pengawas-pengawas menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.

 

Justeru, KURSUS PEMANTAPAN KETRAMPILAN PENGAWAS ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pengawas yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Kursus ini diadakan secara peringkat dalaman dengan memberikan penekanan khusus terhadap tugas semasa majlis perhimpuan rasmi sekolah pada setiap hari Isnin di samping menjalankan tugas-tugas harian. Modus operandinya adalah melalui LDK yang dikendalikan oleh setiap guru disiplin sebagai fasilitator

 

Ketrampilan pengawas mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid SK (P) Sultan Ibrahim yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.

 

 

2.0  OBJEKTIF

 

2.1 Membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawas

2.2 Memurnikan tugas harian pengawas khususnya semasa perhimpunan rasmi

2.3 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid

 

3.0  NAMA PROGRAM

 

“KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN PENGAWAS”

 

4.0  MOTTO

 

Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol

 

5.0  ANJURAN

 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

  &

JAWATANKUASA BADAN PENGAWAS DAN DISPLIN

SK (P) SULTAN IBRAHIM

 

 

6.0  PENCERAMAH

 

Tn Hj Abd. Wahid Bin Bachok

SK (P) Sultan Ibrahim

 

 

7.0  TEMPAT

 

Makmal Komputer Jupiter dan Venus SK (P) Sultan Ibrahim

 

 

8.0  TARIKH

 

9 Januari 2010

 

 

9.0  SASARAN

 

80 orang pengawas SK (P) Sultan Ibrahim

(Rujuk Lampiran A)

 

 

10.0 STRUKTUR JAWATANKUASA


PENASIHAT

 

Pn Hjh Halimah binti Ismail

 

PENGERUSI

 

Pn Hjh Ratheyah binti Abdullah

 

N. PENGERUSI

Pn Hjh Noorsiah binti Sihes

Pn Noriah binti Nordin

Pn Noorzila binti Ahmad

 

PENYELARAS

Cik Haryanti binti Abd. Kadir

 

SETIAUSAHA

Pn Ranjanni A/P Rachenamoty

 

N. SETIUSAHA

Cik Norasyikin binti Muda

 

BENDAHARI

Pn Zubaidah Jaafar

 

AJK

 

PERSIAPAN & TEKNIKAL

En Anuar bin Mansor

Pn Roziharmila binti Abdullah

 

KEROHANIAN

En. Ahmad Nazir bin Hamzah

 

DISIPLIN & PROTOKOL

Pn Zaharimah Subaini

Pn Hjh Saleha Salleh

 

BUKU PROGRAM

Cik Haryanti Abd. Kadir

 

CENDERAMATA & SIJIL

Pn Rozana Mohd Taib

Pn Ranjanni A/P Rachenamoty

 

PENGACARA MAJLIS

Pn Zaharimah Subaini

 

JAMUAN GURU & MURID

Pn Sa'diah Binti Ibrahim

 

KEBERSIHAN & KESELAMATAN

En Ismail Haris

Pekerja

 

PENDAFTARAN

Pn Zubaidah Jaafar

Cik Helis Suriyati Abu Bakar

 

PENGGAMBARAN

Cik Norasyikin Muda

 

FASILITATOR

Semua Guru Disiplin

 

 

 

11.0 MANUAL JAWATANKUASA



SETIAUSAHA:

  • Mencatat dan mengedar minit mesyuarat
  • Menguruskan surat menyurat
  • Bertugas menjemput eksekutif bermesyuarat
  • Membuat laporan setelah program tamat
 

N. SETIAUSAHA

  • Membantu tugas-tugas setiausaha
 

BENDAHARI:

  • Menguruskan segala masalah yang berkaitan dengan kewangan
  • Mengawal aliran wang masuk dan keluar
  • Menguruskan resit-resit pembelian dan pembayaran
  • Membuat laporan kewangan setelah program tamat
 

AJK DISIPLIN & PROTOKOL:

  • Menjaga disiplin peserta-peserta supaya berada dalam keadaan terkawal
  • Melaksanakan dan memastikan aktiviti berjalan dengan lancar mengikut protokol yang betul
 

AJK PERSIAPAN & TEKNIKAL:

  • Menyediakan segala peralatan yang diperlukan oleh eksekutif-eksekutif lain untuk kegunaan sepanjang program
  • Memastikan dan menyediakan peralatan dewan yang mencukupi dan sentiasa dalam keadaan yang baik sebelum digunakan
 

AJK TUGAS-TUGAS KHAS & CENDERAMATA:

  • Memberi bantuan kepada mana-mana eksekutif yang memerlukan bantuan
  • Menyediakan cenderamata dan hadiah kepada pihak sekolah, penceramah dan pertandingan yang diadakan
  • Menyediakan cenderamata untuk penceramah.
  • Menguruskan makanan dan penempatan pelajar dan fasi
 

AJK KEROHANIAN :

  • Membaca doa majlis
  • Bertanggungjawab memastikan pelajar menunaikan solat pada waktunya secara berjemaah.
  • Melantik Imam bagi setiap solat jemaah.
  • Mengetuai bacaan surah al-Mulk.
  • Memastikan surau dalam keadaan teratur dan selesa.
 

PENGACARA MAJLIS

  • Menjadi juru acara semasa majlis perasmian/ penutup berlangsung.
 

JAMUAN VVIP & MURID

  • Menguruskan persiapan tempat jamuan
  • Memastikan VVIP, guru dan murid mendapat makanan
  • Menjaga kebersihan di tempat jamuan
 

KEBERSIHAN & KESELAMATAN

  • Memastikan kebersihan kawasan sekitar program
  • Memantau keselamatan murid sepanjang program
 

PENDAFTARAN

  • Menyediakan borang kehadiran
  • Mencatat/ mengambil kehadiran murid
  • Melaporkan kehadiran murid kepada setiusaha
 

PENGGAMBARAN

  • Merakam aktivti sepanjang program
  • Menyerahkan gambar kepada setiusaha untuk laporan

 

 

12.0 TENTATIF/ ATUR CARA PROGRAM


7.30 pg Pendaftaran Peserta

8.00 pg Aktiviti Pergerakan/ Senamrobik

8.30 pg Ceramah Kepimpinan

 Tugas dan Peranan Sebagai Pemimpin Murid

 Oleh Tn Hj Abd Wahid bin Bachok

 Penyampaian cenderamata penceramah

9.30 pg Kudapan

10.00 pg LDK

12.00 tgh Majlis Penutupan

 Bacaan Doa

 Ucapan Aluan Guru Besar

 Perasmian Penutupan : YDP PIBG

 Penyampaian Sijil Peserta

 Bersurai


13.0 PANDUAN MODUL

 

(Rujuk Lampiran E)

 

14.0 BELANJAWAN

 

 

PENDAPATAN

 

Yuran Peserta RM 2 X 80 orang RM 160.00

 

JUMLAH  RM 160.00

 

 

PERBELANJAAN

 

Cenderamata penceramah  RM 120.00 X 1 RM 120.00

Bahan dan Peralatan RM  40.00

 

 JUMLAH  RM 160.00

 


 

 PENDAPATAN – PERBELANJAAN RM 160.00 –RM 160.00 = 0

 

 

 

15.0 PENUTUP

 

           Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Allah swt itu lebih baik dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala program yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati juga diaplikasi di dalam kehidupan peserta. Akhir kata, kami merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

 

 

 

“TANGGUNGJAWAB DIPIKUL, KARISMA DITONJOL”

 

 

 

Disediakan oleh:  

 

 

(HARYANTI ABDUL KADIR)  

Penyelaras,                                                                                                 

Kursus Pemantapan Sahsiah                                                                   

Dan Ketrampilan Pengawas,

SK (P) Sultan Ibrahim


Disemak oleh:


(HJH HALIMAH BINTI ISMAIL)
 

Guru Besar,

SK (P) Sultan Ibrahim



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: